Ahad lepas saya turun Seremban kerana menghadiri majlis kerja kahwin sepupu saya. Sayangnya terlupa pulak bawa kamera....seronok sangat bukannya apa sebenarnya pakcik saya pegawai penjara Seremban..jadi masa majlis tu saya dapat lihat banduan2 yang tempoh tahanan mereka dah hampir tamat melakukan kerja luar.Ada yang angkat pinggan kotor, kemas meja dan macam2lah yang diaorang buat. Berpakaian serba hijau dan dibelakang uniform mereka ada tertulis perkataan " Kerja Luar ". Ermm saya makan paling banyak..siap bertambah2..hihi lapar punya pasal.
Sunday, March 15, 2009
Kerja kahwin..
Posted by RinaHisham at Sunday, March 15, 2009