CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 11, 2008

Happy Mother Days....

Selamat menyambut Hari Ibu kepada semua ibu2 di dunia ini..dan teristemewa sekali ucapan ini saya tujukan buat ibunda tercinta,bukan sahaja menyambut hari ibu tetapi juga menyambut hari lahir...Selamat Hari Ibu dan Harijadi Mak !
Betapa besarnya sumbangan mu kepada insan kerdil seperti diriku ini.Betapa besarnya pengorbanan yang telah kau lakukan untuk menjadikan diriku seorang yang bergelar manusia...terima kasih mak kerana mengandungkan saya selama sembilan bulan dengan penuh susah payah dan tak dapat saya balas segala pengorbanan mu sepanjang membesarkan dan mendidik diriku..
Dan ampunkanlah daku ibu sekiranya ada tutur kata dan salah laku yang menyinggung perasaan mu..
Ya Allah berikan lah rahmatmu terhadap ibuku, ampunilah dosa2 nya dan permudahkanlah perjalanan hidupnya...

Buat teman2 yang titipkan jambangan bunga terima kasih diucapkan...semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat..
Buat anak2 dan suami ..terima kasih kerana bagi mom kuntuman2 cornations yang cantik...tq Benna,Sarah,Kak Long n Abang Ayuy...untuk dad...kesian kat dad...asyik kena pau sahaja ye..hihihi...thanks Hon..lov u so much.

Dan paling istemewa HARI IBU tahun ini ialah bila petangnya...saya dan hubby menjemput big bike baru kami hihihi...cantiknya....