CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 15, 2008

Kuih Sasa Dango...

Balik daripada field trip semalam...Amirul bawakan saya hasil daripada kerjatangan dia.Ada segugus kuih jepun...dia buat sendiri..yang di bungkus dengan daun ..katanya..ni kuih abang buat untuk mom....mom makan tau..hihiihi
tahulah tekak melayu saya ni...hihihi..tapi akhirnya kerana tak mahu menghampakan anak...walaupun dia sendiri tak makan...saya buka juga satu kuih..dan dengan lafaz Bismillah...saya makan perlahan2...
Rasanya ? Erm..bolehlah....kuih yang luarnya berwarna hijau sebab tepung pulut tu di campur dengan green tea dan isinya kacang merah...rasanya seakan-akan kuih koci pulut hitam...tapi ia tidaklah manis....


Ini pula hasil kerjatangan Amirul... sepasang selipar daripada jerami padi yang kering...lepas ni bolehlah mom gantung kat dinding...buat perhiasan..tq ye Ayuy




Nilah rupanya..kuih tu... seakan2 kuih koci...Namanya ' SASA DANGO '

Ini pula sebiji mug dengan piring....sama cantik sama padan dengan noritake saya kat sebelah....hihihi