
Sekitar Family Day MISC/PETRONAS yang berlansung dengan meriahnya....Lama sungguh merancang tetapi tertangguh disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu tetapi akhirnya terlaksana jua pada 18hb Mei yang lepas.
Berbagai juadah dan acara diadakan....semuanya tak kira menang atau kalah tetap membawa pulang hadiah..hihih..seronok sangat.
Pagi sebelum acara dimulakan...kami menjamah nasi lemak dengan accessoriesnya...ikan bilis,kacang goreng,telor ayam juga telor puyuh,timun dan sambal bilis..menu dari saya..hihi manakala aunty yati membawa mee goreng,kewtiau goreng dan agar2 juga aunty nurul dengan fries, bun manis beserta nugget ayam...ehmm meriah dengan makanan.Makan2 ala2 breakfast beramai-ramai gitu...kenyang sungguh..laaa pas ni nak masuk acara, mesti tak menang...hahaha...Dahlah kekenyangan...tadi panjat bukit tinggi lagi huhuh..berpeluh den !..
Acara kanak2 bermula sekitar pukul 10.15 pagi...seronok tengok gelagat anak2 yang mengambil bahagian ...mak dengan ayah pulak yang terlebih sorak..bagi sokongan...Amirul, Shahmina dan Nabila dalam kumpulan ' PRINCESS ', Syafiq, Naimi and Sarah dalam kumpulan ' MALA ' dan Kak Long, Beena dan Hariss dalam kumpulan ' Coklet Banana Delight ' panjangnya..maka dipendekkan kepada ' Chibidi '...oleh uncle Rozaimi. Bersungguh mereka berlawan...semangat kesukanan dan berkumpulan yang bagus..saling berkerjasama diantara mereka..
Semua mendapat hadiah ....semua enjoy..
Bila tiba giliran mom n dad berlawan....haahha ' Berjalan Kaki Tiga ' huhuhu kami kalah..last sekali...ni mesti tak cukup latihan tak pun mesti tadi dah penat mendaki bukit tinggi perkena lagi dengan nasi lemak ! Acara ' Kepit Bola ' juga kalah ...tak apalah kalau ada umur panjang next time kita cuba lagi ye dad..
Setelah selesai semuanya hadiah pun masing2 dah dapat..kami makan2 lagi..
Menu untuk lunch kita ada ikan masak kicap, sambal tumis udang dengan petai dari aunty Jun.Aunty Jun juga bawa ' Serawa ' kuah durian cicah roti..sedappp
lama tak rasa durian.Selain itu ada lauk kari ayam,ulam-ulaman serta sambal belacan serta puding roti dari aunty Tini dan aunty Sue pula bawa ayam goreng serta sayur campur dan puding karamel..tq semuanya...banyak sungguh makanan..ermm tak lupa budu ada jua....manalah dapat budu ni ye....hihihi ni dad punya kerja lah ni...Saya pun sampai tak tahu nak makan yang mana satu dulu semuanya sedap2 belaka..huhu

ini mesti semua dah keletihan....berterabur semuanya hihihi
Kaum bapa dan anak lelaki pula nak berposing !
Dan giliran ibu-ibu dengan anak perempuan !
Semoga silaturrahim kita semua berpanjangan dengan adanya perjumpaan atau outing beramai-ramai ini.Mengukuhkan lagi tali persahabatan/persaudaraan.
Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menuai padi, kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi !. Andai ada terkasar bahasa terlanjur bicara sebelum atau semasa acara harapan saya semoga dapat di maafkan..ye.