Semalam tanpa disangka-sangka snow telah turun dengan lebatnya di Yokohama..sehari sebelumnya cuaca elok dan ada matahari...snow turun seawal subuh hinggalah ke petang.Ehmm...kami sekeluarga pun apa lagi..inilah masanya..seawal pukul 11 pagi saya,hubby dan anak-anak semuanya siap berpakaian lengkap... ingat dah cukup dah...keluar untuk bermain snow...mulanya ok lagi tapi selepas satu jam..saya mula menggiggil kesejukkan..tapi anak bungsu saya Beena masih leka dengan Snow Man dia dan masih tak mahu balik.
Nadia anak sulung saya hanya mampu bertahan dalam 15 minit sahaja, lepas itu dia balik semula ke rumah seorang2.
Di sebelah ini ialah park di mana anak-anak saya selalu pergi...kelihatan bangku pun di litupi dengan yuki...hihiih
ini pula pemandangan dari belakang rumah kami...pada waktu ini yuki masih lagi turun dengan lebatnya...
Sayalah yang cukup seronok sekali bukannya apa pun...tapi saya seronok mengusung kamera ke hulu ke hilir..
Inilah hobi baru sejak saya berhijrah ke negara Matahari Terbit ini....
Gambar di bawah pula saya ambil di tepi tingkap bilik tidur anak bujang saya...Biliknya di bahagian belakang sekali..dan kalau masuk ke bilik dia pada waktu ini rasanya macam masuk ke dalam peti sejuk sahaja..punya ler sejukkk..tak tahulah macamana dia boleh tidur tanpa memasang heater..
kelihatan ais di situ,macam ais kepal sahaja...letak sahaja sirap dah boleh minum ABC ....hihihi
Sunday, February 3, 2008
Snow lagi.....
Posted by RinaHisham at Sunday, February 03, 2008