CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 23, 2008

Akhirnya YUKI turun di Yokohama....

Lama sudah saya tak menjengah di sini....sejak anak-anak memulakan sessi kedua persekolahan masa saya bergitu terbatas, macam-macam perlu diuruskan...
Dalam seminggu lepas pun suhu disini tak menentu, adakalanya terlalu sejuk dan snow juga di jangka turun......tapi tak jadi..
Semalam akhirnya sekitar jam 6 pagi waktu di sini snow mulai turun sikit-sikit dan sekitar jam 8 pagi agak lebat juga tetapi jam 9 dah berhenti dah dan di sambung pula dengan hujan sampailah ke petang...
Sejuknya bukan kepalang....tetapi jam 12 tengahari tu saya keluar juga ke Saty dengan anak untuk membeli barang2 dapur....
Bayangkan dengan suhu 2 c sahaja kami berdua berpayung meredah kesejukkan....bercakap pun mulut keluar asap..hihihi sebab terlalu sejuk....kami sempat lagi menikmati tea panas dan makan donat di Saty sementara menunggu hujan reda sedikit...
Apa-apa pun walaupun yuki turun cuma sekejap tetapi saya rasa seronok sangat sebab di yokohama ini kali terakhir yuki turun pada tahun 2005...dan
dah 2 tahun berlalu tanpa yuki....ehmmm..mungkinkah ini snow terakhir bagi ku....hihiihi
Gambar nanti ye..belum sempat upload....