CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 6, 2010

Kampus Kota, Universiti Malaya..


04.07.2010

Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi rasa..lahir daripada hati yang ikhlas. Bertapa terujanya saya bilamana saya melangkah keluar dari sini...

Biasalah manusia...ada egonya dan saya tak terkecuali daripada itu...

Sebelum ke UM saya berkata di dalam hati...apa lagi yang aku nak, apa lagi yang tidak cukup...saya boleh diibaratkan sebagai seorang surirumah yang cukup sempurna ...santai selalu..ada banyak masa terluang untuk melilau ke sana dan ke sini tanpa perlu berfikir untuk mencari duit dan sebagainya. Apa tidaknya..semua yang saya inginkan ada tersedia didepan mata...dah begitu manja jadinya...tetapi di sana saya dapat melihat sekelompok manusia yang begitu cekal berusaha untuk memperbaiki diri sendiri, keluarga juga ekonomi mereka...ada diantaranya telah pun melangkah dengan bangga kerana telah berhasil mencapai apa yang mereka inginkan...saya?? Saya yang masih leka ini? Saya rasa saya juga tidak dilahirkan untuk hidup biasa-biasa sahaja. Hanya dengan adanya matlamat yang jelas dan pratikal, usaha yang berterusan juga pengorbanan ....saya yakin saya juga seperti orang lain..pasti berjaya dan hebat !.