CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 14, 2010

Tragedi 27 December...

Rasanya tak perlulah saya menulis panjang lebar kerana gambar2 dan video di bawah ini telah menerangkan segala-galanya. Beginilah keadaan kereta saya apabila dilanggar lari oleh sebuah bas express. Saya difahamkan oleh seseorang yang telah menolong saya semasa hari kejadian...tak berapa jauh dari tempat berlakunya kemalangan ini terdapat sebuah lagi kemalangan yang melibatkan bas express dan sebuah kereta dimana kesemua penumpang kereta tersebut meninggal dunia ditempat kejadian...Apa yang musykil dihati saya ialah...adakah bas yang sama? Entahlah....apa pun saya begitu bersyukur kerana saya dan anak-anak terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan...walaupun bas yang melanggar kami tidak berhenti pun malah terus memecut laju... Sakit untuk dikenang dan terlalu pahit untuk ditelan tapi nilah....hakikatnya




Sedih dan kesian pada kereta ni dengan tayar dibahagian hadapannya turut meletup...masa kejadian umur dia baru 40 hari...











Video ini anak saya Nadia yang rakamkan...saya pada masa tu memang blur dan tak ingat nak buat apa pun...cuma menunggu orang dari Nissan datang untuk tarik kereta saya ke workshop.