Rasanya tak perlulah saya menulis panjang lebar kerana gambar2 dan video di bawah ini telah menerangkan segala-galanya. Beginilah keadaan kereta saya apabila dilanggar lari oleh sebuah bas express. Saya difahamkan oleh seseorang yang telah menolong saya semasa hari kejadian...tak berapa jauh dari tempat berlakunya kemalangan ini terdapat sebuah lagi kemalangan yang melibatkan bas express dan sebuah kereta dimana kesemua penumpang kereta tersebut meninggal dunia ditempat kejadian...Apa yang musykil dihati saya ialah...adakah bas yang sama? Entahlah....apa pun saya begitu bersyukur kerana saya dan anak-anak terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan...walaupun bas yang melanggar kami tidak berhenti pun malah terus memecut laju... Sakit untuk dikenang dan terlalu pahit untuk ditelan tapi nilah....hakikatnya
Thursday, January 14, 2010
Tragedi 27 December...
Posted by RinaHisham at Thursday, January 14, 2010
Majlis Graduasi Kecemerlangan 2010


Posted by RinaHisham at Thursday, January 14, 2010
Friday, January 1, 2010
Selamat Tahun Baru 2010...
01.01.2010...
Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia, rakan dan taulan, walau di mana anda berada semoga tahun baru ini kehidupan kita semakin diberkati...insyALLAH...
Walau apa jua azam yang ada tanamkan atau apa juga yang anda hajati di tahun 2010 ini...saya doakan semoga semuanya tercapai dan dimakbulkan....kita cuma berusaha, kita juga mampu merancang tapi hanya TUHAN yang menentukan segalanya...saya juga berharap pengalaman pahit saya dan anak-anak dipenghujung tahun 2009 dapat saya lupakan dan jadikan iktibar dalam menempuh kehidupan di tahun 2010 ini...semoga ALLAH sentiasa melindungi kami sekeluarga...amin.
Posted by RinaHisham at Friday, January 01, 2010