
Akhirnya sampailah kami di Penang...
nilah jambatan kebanggaan orang Penang




Ada banyak cerita dan gambar menarik kami semasa di Penang. Hubby dah pernah sampai di Penang sebelum ni manakala saya dan anak-anak ni merupakan kali pertama kami ke sini. Saya bergitu teruja nak makan laksa Penang. Cari punya cari...akhirnya saya dapat makan laksa Penang di KOMTAR...alahai punya ler sedappp. Tak terkata sedapnya, sampai 2 bowl saya makan. Saya bagitahu kat hubby, saya tak puas berada di sini dan satu hari nanti saya nak datang balik ke Penang menginap di Batu Ferringhi dan makan laksa Penang !. Ok...entry seterusnya saya akan postkan gambar2 kami di pantai Batu Ferringhi. Cantik dan kalau ada peluang bolehlah berkunjung ke sana. Cuma pesan saya...kalau nak ke sana kenalah booking hotel awal2 jangan jadi macam kami. Disebabkan masa tu cuti sekolah juga dengan kedatangan pelancong2 dari Eropah dan Timur Tengah, maka ada satu bilik sahaja lagi yang tinggal facing menghadap ke laut tapi alahai punya ler mahal....sehari menginap kurang rm 10 sahaja lagi rm 1,000. No choice...pejamkan sahaja mata.sebab dah sampai...nasib baik sehari..huh! tak boleh buat 2 kali ni....nanya dibuatnya.