CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 25, 2009

Spell- It- Right Challenge


Spell- It- Right Challenge RHB N News Straits Time peringkat Negeri Melaka telah berlansung di Dataran Pahlawan Melaka. Sek Men Keb Telok Mas telah menghantar 4 orang wakil dan salah seorang daripadanya ialah Kak Long...Saya yang lebih berdebar-debar berbanding dia....hehe


Awal pagi saya hantar Nadia ke sekolah, jumpa cikgu n kawan2...terus snap


Saat ini tinggal 3 sahaja peserta yang mana salah seorang nanti layak ke final...saya yang duduk di bawah pentas tak tahu nak cakap macamana berdebarnya...Nadia dia mentain cool !


Kak Long relax aje....

Semasa peserta tinggal 3 orang sahaja lagi.....di saat itulah Kak Long terkeluar. Kebetulan tandingannya pada masa itu ialah state champion bagi tahun lepas.
Dari riak mukanya saya tahu dia kecewa....lemah sahaja langkah dia sewaktu turun dari atas pentas. Apa tidaknya hanya dia sahajalah yang tinggal mewakili sekolah manakala kawan2 yang lain telah terkeluar terlebih dahulu. Kata orang rezeki ...kita sendiri tak tahu...Dalam pengiraan point, markah pelajar yang paling tinggi akan berentap lagi untuk mendapatkan nombor untuk sekolah pula.
Alhamdulliah, nampaknya ada lagi peluang untuk menang. Akhirnya setelah puas berentap Nadia berjaya mendapat tempat ke 3 dengan membawa pulang hadiah bernilai rm 1,000 sahaja. Apa2 pun tahniah dari mum n dad.....insyallah tahun depan kalau ada peluang dan kesempatan boleh cuba lagi...