CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 6, 2009

Back 2 School !

pagi2 kul 6.45 sebelum ke sekolah..


balik sekolah dah ceria sikit..



Sek Men Telok Mas



Alhamdulliah,
Semuanya berjalan dengan lancarnya walaupun pada mulanya ada beberapa masalah teknikal.
Biasalah semua tu...apa yang penting kita kena kerja lebih sikit dan juga buat muka tak malu sahaja...kalau tidak semua akan jadi lambat..
Hari kedua persekolahan pengetua sekolah menengah dah panggil saya ke pejabat. Alhamdulliah Nadia yang pada mulanya cikgu letakkan di dalam kelas rancangan biasa akhirnya ditukarkan ke kelas rancangan khas atau kelas kawalan berdasarkan result middle school YIS dia yang baik. Masuk ke kelas BETA agak mencabar bagi dia sebab kelas BETA adalah salah satu kelas budak2 target PMR untuk 8 A1. Apa pun percampuran dan pergaulan dia mungkin dapat menolong dia mendapatkan keputusan yang agak baik dalam PMR disamping berusaha dan berdoa..insyallah. Amirul pun masih di kelas pertama di rancangan biasa. Seminggu pertama sekolah mengadakan ujian dignostik berdasarkan UPSR dan pada minggu kedua kedudukan murid akan dirombak semula. Entahlah...saya sendiri tak tahu nak menjangka keputusannya nanti...apa pun saya harapkan Amirul dapat membuatnya dengan baik...kerana dia hanya belajar setakat darjah 3 sahaja selebihnya kami di JEPUN..
Sarah pulak manis dengan pakaian pengawas displinnya...hihi...dia no problem, semuanya ok sahaja. Beena pula agak terkedek-kedek mengayakan baju kurung dia yang labuh tu..hihih
Cuma yang paling saya tak sanggup nak tengok bila dia mengusung beg yang berat sampai senget2 bahu. Saya nak belikan beg beroda dia tak mahu...apa pun tahniah saya pada dia kerana dilantik jadi penolong ketua darjah. Well Beena...tak boleh main-main dalam kelas tau ! Usaha lagi supaya tahun depan dapat jadi ketua kelas pula.