Alhamdulliah, kami semua sudah selamat sampai ke tanahair. Perjalanan semalam selama 7 jam lebih agak memenatkan saya. Apa tidaknya seawal jam 3 pagi saya dah bangun dan mula kejutkan anak2....dahlah memang malam tu mata tak boleh nak lelap, sekadar tidur-tidur ayam kata orang. Jam 5.30 pagi cab dah tunggu di bawah. Ke Ycat ambil bus pada pukul 6.10 pagi untuk ke Narita Airport. Kami keluar awal sebab ditakuti jalan akan jem. Alhamdulliah semuanya berjalan dengan lancarnya.
Sampai masa berpisah dengan hubby terasa sedihnya tapi saya cuba control perasaan hihi..buat2 kuat katakan..kalau tidak nanti anak2 akan rasa sedih. Apa pun Sarah semasa peluk dad, dia dah meleleh airmata. ...anak dara seorang tu memang sensitif orangnya. Dalam Flight kami jumpa krew yang baik. Azman namanya. Mintak kacang...berbungkus dia bagi bawa balik. Lepas tu dia tanya nak itu ke, nak ini ke....ehh pelik pulak rasanya. Yelah sepanjang saya naik kapalterbang tak ada satu pun barang2 hak MAS saya ambil....dia tanya anak saya Amirul, ' adik nak ke ear phone tu...ambillah, kata dia lagi...' . Anak saya tesenyum sambil angguk2kan kepala. Lepas tu sebelum kami mendarat dia bagi saya 2 helai blanket MAS yang baru masih berbungkus lagi. Mulanya saya terkejut juga..tapi dia kata..tak apa, tak ada masalah puan, krew yang bagi, kata dia sambil tersenyum. Erm...ambil sahajalah kalau dah orang bagi.
Apa pun terima kasih...arigato ne...di atas layanan yang baik itu. Semoga berjumpa lagi..insyallah.
Sunday, December 28, 2008
Selamat Sampai Ke Malaysia
Posted by RinaHisham at Sunday, December 28, 2008