Indahnya panorama malam di Sakuragicho yang menjadi tumpuan para pelancong baik dari negara itu sendiri mahu pun yang datang dari luar. Saya rasa bertuah sungguh kerana diberikan peluang untuk tinggal di Yokohama ini. Dari Grand Duo, Honmokuwada tempat tinggal saya ke sini perjalanan mengambil masa hanya 15 ke 20 minit memandu kereta manakala kalau menaiki bas perjalanan lebih kurang 30 ke 45 minit.Gambar ini saya rakamkan sewaktu pulang dari opis hubby .Biasanya di sinilah kami dok melepak sementara tunggu dad keluar dari opis..

Kapal Nippon Maru berlatar belakang Ferris Wheel

suasana indah dengan bangunan Pan Pacific Hotel
Sekitar pukul 5.30 petang, dah gelap dan dah nak masuk waktu Isyak
saya sempat rakamkan indahnya pokok dengan dedaun yang berwarna kuning
kemerahan disinari cahaya lampu neon.
saya sempat rakamkan indahnya pokok dengan dedaun yang berwarna kuning
kemerahan disinari cahaya lampu neon.