Anggota penyelamat mendirikan khemah2 sementara bagi memantau
keadaan persekitaran yang sesak dan sentiasa bersedia jika semasa berhanami
ada yang jatuh sakit secara tiba2 ke...lengkap dengan Ambulance..
yang ini pula..tak tahulah..Hai pakcik,nak ke mana dengan
beg yang bergantungan kiri dan kanan tu...hihihi
ini pula sukarelawan yang kerjanya mengutip sampah sarap yang tercicir..
tetapi saya tak nampak ler pulak sampah bersepah2 kerana di sediakan
tong sampah yang besar dimerata-rata tempat.
Ini pula adalah pemandangan yang biasa di negara Matahari Terbit ini.
Cara mereka menyayangi dan melayani binatang adalah berbeza dengan negara2 dunia yang lain kerana mereka menyayangi binatang seolah2 anak mereka.
Binatang tak kira anjing atau kucing begitu dibelai dan dimanjakan even najis binatang itu sendiri dikutip sebab itu kita tak boleh jumpa najis binatang bersepah2 di bandaraya mereka.
Uniknya Jepun Negara Matahari Terbit yang terkenal dengan SAKURA nya..
Mereka menyanyi dan bermain alat muzik di tempat awam sambil
berhanami di bawah pohon Sakura.Kelihatan kelopak2 Sakura bertaburan di atas hamparan berwarna merah....
Ada yang menunjukkan bakat dengan melukis...di ketahui bahawa pakcik ni
dah merantau keliling dunia kerana minatnya melukis..