Sebenarnya kalau diikutkan sebuk...hari2 saya sememangnya sebuk....tetapi semalam saya sempat juga * sebenarnya terlebih rajin....* buatkan bun coklet chip dan puding longan buat anak-anak....minggu lepas saya buat juga bun coklet ni tetapi dia naik tak berapa gebu pulak, mungkin saya menggunakan yis yang lama terbuka yang di simpan di dalam fridge....tak puas hati punya pasal...semalam saya buat lagi...untuk dough biasanya saya gunakan bread maker sahaja...selepas tu...bila dah seganda dia naik...barulah saya menggulinya dengan tangan...memudahkan kerja kalau ada bread maker ni..hihiihi
Inilah hasilnya bila mesin menguli selama 11/2 jam...dough naik dengan gebunya.
keluarkan dough, masukkan dalam satu bekas yang besar dan mulalah acara menguli serta tumbuk2kan dough untuk keluarkan angin....
Setelah selesai menguli,bulat-bulatkan dough tadi menjadi ketul2 yang kecil dan susunkan dalam loyang pembakar,perapkan dough tadi selama lebih kurang 1 jam supaya ia naik sekali ganda.
Inilah rupanya adunan yang telah sekali ganda naik....lepas ni boleh masuk dalam ketuhar pembakar...bakar selama lebih kurang 10 - 15 minit
Dah pun masak dan bolehlah dimakan hihihihi !