Minggu lepas adalah hari-hari yang amat sibuk buat saya...dan minggu lepas juga ada kawan saya bertanya pada saya... 'Macamana dengan persiapan nak sambut raya...?'
Ehmm nak sambut raya...kalau kat Malaysia lain jugalah ni kat sini...
Alhamdulillah, dah 2 tahun saya berhari raya jauh di perantauan...di bumi Sakura,negara matahari terbit ini...memanglah berbeza suasananya.Nak menjelangnya syawal ini, saya dan keluarga biasa-biasa sahaja...kesian juga pada anak-anak...
Apalah yang mereka tahu selain bergembira di hari yang mulia itu nanti...
Akhirnya hari minggu yang lalu..saya dan hubby mengambil peluang sempena cuti hujung minggu untuk bawa anak-anak membeli-belah sebagai persediaan menjelangnya hari raya ...mula-mulanya kami ke Bayside Marina....banyak juga dapat barang di sini..ia merupakan outlet bagi barang2 berjenama seperti Edwin, Nike, Adidas, Levi's dan macam2lah...
Ni dad dengan budak-budak nilah...anak dara saya yang 3 orang tu dah dapat dah seluar masing2 di Edwin....seronoknya mereka...anak bujang saya lain pulak ceritanya...
4 adik beradik!
Macam itulah mereka...meriah sungguh...sibuk memilih barang2 ...tak apalah...kata hubby...bagilah mereka peluang asalkan mereka gembira...bukannya selalu...beruntunglah anak-anak zaman sekarang ini...masa zaman saya dahulu...tak merasalah nak pakai barang2 berjenama ni...syukur alhamdulliah di atas rezeki yang dikurniakan ini...