
Inilah tuan rumah Kak Aini dan Abg Zakry...
Kak Aini ni adalah setiausaha kepada Duta kita di Tokyo ni...
Terima kasih kak Aini kerana menjemput kita semua...sedap2 belaka makanan...
Ramai sungguh jemputan kat sini termasuklah juga student2 kita...apa pun meriah sungguhlah kami semua..
Ini pun kenalan internet saya...hari2 dok sembang tapi tak kenal muka,tak pernah pulak tu bersua muka dan sungguh tak saya sangka saya dapat bertemu mereka di rumah kak Aini...bertudung putih tu Eda,Ummi berbaju kuning tengah menyengih dan Yan berselendang putih berbaju merah...Ini baru sebahagian daripadanya ..saya harap saya dapat bertemu dengan yang lain pula nanti...nama glamour saya Kak Long 69..bila jumpa pun depa dok panggil kak long gak....huhuhu
Ini pun hubby dengan Ustaz yang menjadi imam dan membaca ktubah semasa sembahyang raya ...ustaz ini di hantar oleh JAKIM selama sebulan di sini untuk memantau pelajar2 dan bersama-sama meraikan hari yang mulia ini ....Ustaz hanya sempat berhari raya selama sehari sahaja di Tokyo ini..raya kedua dia dah balik ke Malaysia....
Ini gambar kenangan kami dengan Tuan Haji dan Kak Eda...dalam masa sebulan sahaja lagi family kak Eda ada di sini , selepas ini mereka akan kembali semula ke tanahair tercinta Malaysia....terima kasih untuk segala-galanya....semoga nanti kita akan berjumpa kembali di Malaysia..insyallah..