CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 21, 2007

Major Service

Semalam rumah kami di datangi oleh pekerja-pekerja Jepun seramai 4 orang untuk melakukan service pada air cond dan boiler...

Tepat pukul 9.00 am mereka sampai hinggalah pukul 4.00 pm barulah selesai semuanya.Memang agak seronok bila melihat ketekunan mereka berkerja..

dengan kesungguhan dan ketelitian mereka berkerja,kita tak perlulah nak risau kalau-kalau rumah kita akan menjadi bersepah..
Menyampai ke pukul 4.00 petang, satu jangkamasa yang agak lama juga tentulah penat..
kesiannya saya bila melihat salah seorang daripada mereka sampai terantuk kepala di dinding...saya cuma gelak-gelak sahaja...habis tu nak cakap macamana kalau macam bercakap bagai itik dan ayam...seorang cakap nihongo saya cakap omputih...
kelakar sungguh....rasa nak cakap melayu sahaja....
nasib baiklah Erika San ada.....kata dia " Zairina San,if you have a problem with them and need my explaination....just cal me...i can explain it to you on the phone...
Thanks Erika....kalau tidak mati saya....tercungap-cungap nak faham bahasa ibunda mereka...tu yang bagusnya mereka ni..mana-mana pun bahasa ibunda mereka tetap didahulukan cuma masalahnya kami nilah yang tak tahu nihongo...Nilah rupa ruang tamu saya semasa proses berlansung..