January 30
Kak long tanya..
Mom boleh masakkan lempeng tak?
Lempeng cicah Dalca Daging memang favourite kami sekeluarga
Oklah hari ini kita masak lempeng, dalca daging dan sambal goreng
Buah Tembikai dan Buah Mangga..
Wednesday, January 30, 2019
Menu Simple dinner
Posted by RinaHisham at Wednesday, January 30, 2019
Tuesday, January 29, 2019
Setelah sekian lamanya..😂
2019
January 29
Intro sahaja malam ini..
Terasa kekok untuk mengatur bait2 kata..
Lama menyepi tanpa terusik walau banyak perkara suka dan duka yng ingin
dikongsi dan diabadi di sini sebagai kenangan.
Kita mulai dengan Bismillah semoga saya mempunyai semangat yng kuat
untuk kembali menulis di sini insyallah
Posted by RinaHisham at Tuesday, January 29, 2019
Thursday, February 28, 2013
Feb 2013...
Setahun lamanya....
Lama sungguh saya tidak menjenguk di sini..saya tidak mahu blog ini terkubur begitu sahaja kerana banyak kenangan pahit manis saya abadikan di sini..
Hari ini menjadi sejarah dan keinginan untuk menulis kembali lagi setelah bertemu dengan Cikgu Taksiah, seorang guru Bahasa Melayu yang begitu lemah lembut dan peramah... yeah!! happy sangat sebab kena regu..hehe Paling penting dengan perkongsian yang cukup baik dan menarik dari beliau. Kenal semalam, hari ini kali pertama jumpa tapi macam dah bertahun lamanya...
Thanks akak, kalau bahasa saya tunggang terbalik..akak kena tolong betulkan..
Rasanya bila2 kita patut keluar bersama, confirm meriah...hehe
Posted by RinaHisham at Thursday, February 28, 2013
Wednesday, December 28, 2011
PMR 2011....
Alhamdullilah,
Keputusan PMR dah diumumkan...debaran untuk saya sudah pun berakhir..hihi
Tahniah kepada anak bujang saya kerana berjaya memperolehi 7A 1B dimana Agama dapat B..apa2 pun perjananan masih
jauh lagi..ini baru permulaan dan selepas ini Abang akan menghadapi SPM pula...teruskan usaha dan komitmen agar lebih berjaya dimasa akan datang, insyallah...
Mum n Dad serta kak long juga adik2 sangat berbangga dengan usaha abang...teruskan perjuangan dan jangan mudah menyerah kalah...
Insyallah kalau kak long serta orang lain boleh, kami pasti abang juga boleh melakukannya...
Posted by RinaHisham at Wednesday, December 28, 2011
Thursday, November 10, 2011
11.11.11
Lama tak mengupdate blog disebabkan tuntutan kerja yang mengatasi segala-galanya.
Tapi hari ini kombinasi no yang sungguh cantik dan jatuh pada hari yang cantik juga.
Jumaat 11.11.11..
Saya abadikan disini sebagai kenangan..
Posted by RinaHisham at Thursday, November 10, 2011
Thursday, February 24, 2011
February 24
Sudah sekian lama saya tidak tinggalkan jejak di sini,
Tuntutan kerja dengan masa yang agak terbatas menyebabkan blog ini tidak berupdate..kesian dia...huhu
Banyak yang ingin saya kongsikan di sini..bagaimana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu juga isteri dan dalam masa yang sama menjana pendapatan hanya dari rumah.
Alhamdulliah saya happy dan seronok dengan kerjaya saya ...
Duduk buka email, reply apa yang sepatutnya...hujung minggu masuk bonus...
Anda juga boleh jadi seperti saya dengan daftarkan diri anda secara percuma di sini
http://zairinazainal.blinkweb.com/
Saya akan bimbing anda dengan langkah2 yang seterusnya...
Posted by RinaHisham at Thursday, February 24, 2011
Sunday, January 9, 2011
2011
Alhamdulliah,
Dah masuk minggu kedua tahun 2011...
Alhamdulliah kami semua masih diberikan kesempatan oleh NYA juga kesihatan yang baik untuk meneruskan liku2 kehidupan di bumi bertuah ini..
Tahun ini merupakan satu tahun yang penuh cabaran buat kami semua kerana dua orang anak2 akan menghadapi peperiksaan besar..
Kak Long insyallah akan menghadapi SPM dan abang adli akan menghadapi PMR...teramat berat tugas saya sebagai seorang ibu bagi memastikan semua anak2 berjaya..yang pastinya kita kena sama2 berusaha untuk berjaya. Buktikan pada semua orang bahawa kita juga boleh..
Banyak juga pic2 menarik kita semasa melawat Lake Kenyir tak berupdate...insyallah mum akan usahakan...sebab sayangkan..kerana semua itu kenangan yang akan kita ingat sampai bila2....
Posted by RinaHisham at Sunday, January 09, 2011






