Hari ini kak long ada mengambil International competitions and assessments for schools computer skills dari University of New South Wales UNSW, Sydney, Australia. Ada 45 soalan dengan masa 45 minit. Di antara negara yang turut serta ialah Australia sendiri Brunei, Malaysia, New Zealand, Pacific dan Singapore. Kertas ujian akan dikembalikan ke Australia semula dan keputusan hanya akan diketahui kemudiannya. Tak silap saya seramai 20 orang pelajar termasuk kak long yang mengambil ujian ini. Kata kak long soalannya agak senang...tak tahulah..kita tunggu keputusannya nanti...
Wednesday, April 14, 2010
Tuesday, April 13, 2010
Program bersama rakyat



Tabika Perpaduan Crystal Bay...kawasan Melaka Tengah

Posted by RinaHisham at Tuesday, April 13, 2010
Monday, April 12, 2010
Menu minggu ini..


menu minum pagi dengan hubby...

lama dah tak masak ayam masak merah ni....

dalca selalu buat sebab anak2 suka makan dengan Nan atau roti canai

Onigiri saya buatkan untuk kak long...dah 2 minggu ni cal n berbalas msg sahaja. Tak sempat nak jenguk dia ....di sebabkan hubby balik minggu ini maka saya usahakan juga masak Nasi Tomato dan seangkatan dengannya...tak tahulah kenapa minggu ini malas sungguh nak upload gambar, nak jenguk blog...agak2 kalau malasss nak masak ....macamana agaknya ye ?? Hehe..
Posted by RinaHisham at Monday, April 12, 2010
Thursday, April 8, 2010
Sakura 2010











Posted by RinaHisham at Thursday, April 08, 2010
Pandai sangat...padan muka !
Sepanjang seminggu ni dah macam2 benda yang saya tempohi dan lalui...memang betulkan kata pepatah luas berjalan maka luaslah pandangan. Lagi ramai orang yang kita jumpa dan kenal maka berbagailah ragam yang dapat kita lihat..
Kekadang tukan hanya kesabaran sahajalah yang mampu membataskan perasaan marah, benci, meluat atau pun sakit hati...tapi dah namanya manusia....sesabar mana pun kalau dah melampaui batas...mahu saja saya hayunkan Pedang Samurai yang saya angkut dari Jepun ni...sabar, sabar bawa2 lah bersabar...
Susah nak melawan orang yang cetek akal dan tak berfikir panjang ni...
Hanya satu sahaja cara yang boleh saya buat untuk melindungi diri ialah..UNDANG-UNDANG atau pengesahan daripada pihak yang berwajib...
Haaa mari sini..ambik kau !....Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata....haaa jawablah sendiri. Saya tak bermaksud menyombong diri tetapi lain kali kalau bercakap fikir dahulu barulah boleh bercakap macam2...jangan suka2 menyebut soal hukum-hakam kalau diri sendiri berjalan pun tak betul !
Posted by RinaHisham at Thursday, April 08, 2010