Promosi Crystalyokohama Kek Lapis Serawak
Saiz 8 x8 rm 65.00
Saiz 8 x 4 rm 35.00
Kek Lapis Tikar Strawberry
Saiz 8 x 4 rm 45.00Kek Lapis ini tahan sehingga 1 tahun dengan syarat disimpan di dalam dingin beku/freezer.Caranya keluarkan kek ini 1 jam sebelum dipotong.Setelah lembut barulah dipotong dan bakinya disimpan kembali di dalam freezer.
Penghantaran menggunakan pos laju dan kos penghantaran ditanggung oleh pembeli.Marilah cuba ! Rasa sekali pasti tertawan !
Tuesday, September 9, 2008
Promosi Kek Lapis Serawak dan Lapis Tikar Strawberry
Posted by RinaHisham at Tuesday, September 09, 2008
Tuesday, September 2, 2008
Meriahnya masa musim buah..
Meriahnya masa musim buah-buahan hari tu...tiada kata secantik bahasa untuk mengungkapkan bertapa bestnya...hihihi...sampai tak termakan, macam-macam ada...pilih sahaja.Dapat juga petik rebung fresh sedap dan manisnya tak terkata bila dimasak lemak cili padi..
cucu2 yang sesekali masuk kebun..nilah dia..asyik garu sana,garu sini
Posted by RinaHisham at Tuesday, September 02, 2008
Salam Merdeka dan Salam Ramadhan
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Salam Ramadhan Almubarak untuk seluruh rakyat Malaysia dan juga buat rakan-rakan diperantauan.
Alhamdulliah setelah 3 tahun saya menyambut Merdeka dan menyambut bulan ramadhan diperantauan, permulaan puasa kali ini saya dapat menyambutnya di tanahair sendiri. Cuma yang berbezanya kali ini tanpa suami tercinta disisi.Hubby masih di Yokohama....saya dan anak2 sudah berada di tanahair tercinta.
Sedih rasa dihati..maklumlah bila menghadap juadah,kami pasti teringatkan dad yang keseorangan di sana...terdetik dihati sambil berkata, entah apalah yang dad masak untuk berbuka puasa nanti...huhu.Apa pun perpisahan yang perlukan pengorbanan ini sebenarnya amat bermakna demi masa depan bersama terutamanya untuk anak2.Insyallah kemudahan teknologi terkini selalu menghubungkan kita....
Posted by RinaHisham at Tuesday, September 02, 2008